Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 pain darah berjaya dikumpulkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Sebanyak 45 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah yang berlangsung di Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar, hari ini.

    Kempen yang bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang dan disertai oleh pegawai dan kakitangan RTB itu dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Diadakan sempena sambutan ulang tahun Radio Brunei ke-65, kempen diharapkan untuk membantu meningkatkan stok bekalan darah negara khususnya bagi pesakit-pesakit yang memerlukan.

    Antara warga RTB yang menyertai dalam kempen derma darah berkenaan.
    Pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pegawai perubatan sebelum menderma darah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda