Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 pain darah dikumpulkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Sebanyak 45 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran Kingston Beverage & Creamery yang berlangsung di Bangunan Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd, Kompleks Perindustrian Beribi, kelmarin.

    Kempen yang dikendalikan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu merupakan yang kali ke-6 diadakan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai serta kakitangan Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd yang turut tidak melepaskan peluang untuk mendermakan darah. Juga hadir pada kempen derma darah berkenaan ialah Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim; Pengurusnya, Albert Lim dan Pengurus Sumber Manusia dan Kewangan, Joyce Lim.

    Kempen yang merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai faedah dan pen-tingnya membantu masyarakat yang memerlukan pemindahan darah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda