Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 pendatang diselamatkan

    LILLE, PERANCIS, 29 NOV – Seramai 45 pendatang termasuk seorang wanita hamil dan kanak-kanak diselamatkan kelmarin di Selat Inggeris selepas kapal buatan mereka mengalami kerosakan di luar Dunkirk, kata pihak berkuasa Perancis.

    Beberapa orang kelihatan berada dalam keadaan hipotermia selepas dibawa menaiki kapal peronda, kata perwakilan Perancis yang bertugas di perairan tersebut dalam satu kenyataan.

    Responden pertama dan polis sempadan telah menyelamatkan mereka, yang semuanya dalam keadaan selamat dan sihat ketika dibawa ke darat di Calais pada awal petang kelmarin, tambahnya.

    Cuaca yang tenang pada hujung minggu ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penyelamat laut Perancis bahawa kadar pendatang yang cuba menyeberang ke Britain akan bertambah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda