Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    46 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Sebanyak 46 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran Jerudong Park Medical Centre (JPMC) yang berlangsung di Kompleks Annajat, hari ini.

    Kempen berkenaan diketuai oleh Jururawat Kanan, Romeo dengan dibantu oleh empat orang kakitangan JPMC yang lain.

    Dengan adanya kempen berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kebaikan dalam pendermaan darah sebagai kegiatan kebajikan serta memberi pengetahuan kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga kesihatan selain menambah tabung darah pusat berkenaan.

    Dalam pada itu, JPMC menekankan mengenai Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204), di mana menjadi satu kesalahan di bawah Bab 11 bagi mana-mana orang yang menderma darah atau produk darah di mana-mana tabung darah atau hospital di negara ini dan memberikan maklumat material yang diketahuinya adalah palsu atau mengelirukan.

    Ini boleh dikenakan denda tidak melebihi $20,000, hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    Maklumat material bermakna maklumat yang berkaitan secara langsung dengan kemungkinan penularan penyakit berjangkit oleh penggunaan sebarang darah atau produk darah.

    Antara penderma darah yang menyertai kempen tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda