Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    46 pegawai JKED terima kenaikan epaulette

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 46 orang pegawai kastam dan pemeriksa di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah menerima kenaikan epaulette semasa Majlis Roll Call JKED bagi Jun 2024 yang berlangsung di Dewan Kyoto, Ibu Pejabat JKED pada 13 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKED, di sini, kenaikan epaulette berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawal Kastam dan Eksais Diraja, Awang Muhammad Azizil Hakim bin Haji Brahim.

    Pegawai-pegawai yang menerima kenaikan epaulette berkenaan adalah sebagai tanda kekananan dalam perkhidmatan serta juga dalam nilai pengetahuan perkastaman.

    Majlis roll call bertujuan sebagai wadah dalam memupuk silaturahim dan meningkatkan komunikasi antara pihak pengurusan JKED dengan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di jabatan itu.

    Ia bermatlamat untuk menyampaikan maklumat dan pembaharuan jabatan serta merupakan salah satu cara JKED menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang secara berterusan komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan dan juga orang awam.

    Salah seorang pegawai JKED yang telah menerima kenaikan epaulette semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JKED
    Para pegawai JKED yang telah menerima kenaikan epaulette bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JKED

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda