Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    46 Tamu Desa Sabah dibina, dinaik taraf

    KOTA KINABALU, 16 JULAI – Sebanyak 46 Tamu Desa di seluruh Sabah dikenal pasti untuk dibina atau dinaik taraf pada tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

    Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan menerusi 28 pejabat daerah penuh dan daerah kecil dengan peruntukan keseluruhan RM10 juta di bawah peruntukan pembangunan premis Tamu Desa oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

    “Pada tahun ini, kita menerima peruntukan RM10 juta di bawah Belanjawan 2025 bagi melaksanakan pembangunan premis Tamu Desa.

    “Semasa perasmian penutupan Program MADANI Rakyat Sabah di Tawau pada 11 Mei tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi meneruskan pembangunan premis Tamu Desa di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Datuk Ewon Benedick ketika bertemu pengamal media pada Perasmian Wisma Co-Opbank Pertama, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda