Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    46 warga Indonesia mangsa permerdagangan dibawa pulang

    TANGERANG, 21 FEB – Seorang bekas ahli undangan daerah Indramayu Jawa Barat (DPRD) adalah antara 46 mangsa pemerdagangan manusia Indonesia yang dibawa pulang ke Indonesia dari Myawaddy, Myanmar, kelmarin.

    Pengarah Perlindungan Warganegara Indonesia Kementerian Luar Negeri, Judha Nugraha, hari ini berkata 46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

    “Kami juga mengesahkan yang salah seorang daripada 46 pekerja migran yang diselamatkan adalah bekas ahli DPRD Daerah Indramayu dengan namanya bermula dari huruf R,” dedahnya, lapor agensi berita ANTARA.

    Pegawai kementerian itu berkata rakyat Indonesia yang diselamatkan itu dan dilaporkan diseksa ketika ditahan di Myanmar, dihantar pulang melalui satu daripada dua penerbangan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta kelmarin dan hari ini.

    Sambil memuji sumbangan positif Kedutaan Besar Indonesia di Myanmar, Nugraha berkata proses membawa pulang pekerja migran Indonesia dari Myawaddy ‘adalah proses yang panjang.’

    Beliau turut mengesahkan yang 270 rakyat Indonesia masih berada di Myawaddy dan Kementerian Luar akan terus berusaha untuk membawa mereka pulang ke tanah air.

    “Kami akan memulakan siasatan terperinci untuk menyiasat pihak yang membantu mereka ke luar negara sejak awal dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” tegas Nugraha. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda