Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    46,713 kes denggi dilaporkan

    KUALA LUMPUR, 1 JUN – Sejumlah 46,713 kes denggi telah dilaporkan dari 29 Disember tahun lepas hingga 30 Mei tahun ini, demikian menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia bagi 2019 dan 2020.

    Angka yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Negara (CPCR) Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan sebanyak 6,228 kes (11.8 peratus) berbanding 52,941 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Laporan itu turut menyebut bahawa tidak kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu ke-22 (24 hingga 30 Mei) 2020 dengan jumlah kumulatif 82 kematian berbanding 81 bagi tempoh sama tahun lepas. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda