Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    47 pelajar diraikan dalam majlis khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Seramai 47 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama (SU) Salambigar sesi pagi dan petang, diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan SU Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop baru-baru ini.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar oleh peserta khatam yang diraikan. Pada majlis itu, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa, Jabatan pengajian Islam, Hajah Safiah binti Haji Yahya mengetuai bacaan Al-Fatihah diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh peserta khatam.

    Ia diteruskan dengan penyampaian sijil dan merenjis minyak wangi kepada pelajar yang diraikan oleh Hajah Safiah. Bacaan takhtim dibacakan oleh murid-murid perempuan SU Salambigar manakala Dikir Asyraqal dibawakan oleh pelajar lelaki SU Salambigar sesi pagi.

    Gambar ramai pelajar SU Salambigar sesi pagi yang diraikan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda