Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    49 premis makanan lulus peroleh Sijil Halal

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Sebanyak 49 premis makanan di negara ini telah diluluskan dan diberikan Sijil Halal dan/atau Permit, sama ada bagi Permohonan Baharu mahupun Permohonan Membaharui, oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi bulan Julai 2025.

    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, bagi permohonan baharu, sebanyak 20 Sijil Halal dan dua Permit diluluskan. Manakala bagi permohonan membaharui, sebanyak 25 Sijil Halal dan dua Permit telah diberikan.

    Senarai permohonan baharu Sijil Halal yang diluluskan ialah Berjaya Food Supreme Sdn Bhd (Starbucks Coffee Brunei Airport); Choo Bakehouse @ Fiorise; Hanjou Foods House (Marugame Udon); Mytown Kopitiam; Culinary Connections Enterprise (Jinjja Fried Chicken); Xin Yu Dumplings Kitchen; Perusahaan N.B.H.L. (N.B.H.L Café); Kafe Teman Nongkrong, Z Co (fka: Z & Co), Cawangan The Curve; BT Barun 71 Café, Margherita Pizzeria, Cawangan Seria; Mr Baker’s Bakeshop, Cawangan Madang; Mr Baker’s Bakeshop, Cawangan The Walk; Sphi Foods (Satay Haji Ibrahim), Cawangan UBD Core; Three-C Café (Cha Tra Mue), Seria; 117 Super Hotpot; Dapur Norsia; The Foodee Enterprise; D’Family Wonderland Restaurant & Catering Services dan Le Tonkin Company Sdn Bhd.

    Bagi Permit baharu pula ialah Perusahaan Bebola Emas Sdn Bhd (20 jenis produk) dan Double M General Store (empat jenis produk).

    Sementara itu, bagi permohonan membaharui Sijil Halal, sebanyak 25 premis diluluskan termasuk Berjaya Foods Supreme Sdn Bhd (Starbucks), Cawangan Mabohai; Chicken Rice Place (Rasa Chicken), Cawangan Kuala Belait; Grand Imperial Kitchen, Bann Nucha Restaurant, Cawangan The Mall; Rentak Serantau Enterprise (Papparich Restaurant); Everfirst Restaurant & Bakery; Mykopitiam, Cawangan Onecity Shopping Complex; Mochi Yogurt House ,Cawangan Times Square; Unitea Café, Cawangan Seria; Food Messenger; Nur Anisah binti Abdullah Baculi dan Anak-Anak; Breadculture Cake-House; Joyful Kids Montessari School; Tea Express (Tealive), Cawangan Aman Hills; Hua Ho Department Store, Cawangan Mulaut; Bamboo Garden Restaurant & Catering; Tea Express (Tealive), Cawangan Kiulap; Tea Express (Tealive) ,Cawangan Times Square; Restaurant Nasi Ayam Tey S.G; Home Taste Steamboat Restaurant; The International School (B) Sdn Bhd (Canteen); Kaka Restaurant and Catering Services, Cawangan Sungai Tilong; Royal Brunei Catering Sdn Bhd (Royal Brunei Culinary), Cawangan JPMC Kafe & JPMC / TBCC Kitchen; OTCINC Sdn Bhd (Pizza Hut), Cawangan Sungai Tilong dan Townview Sdn Bhd (The Golden Village).

    Bagi Permit yang diperbaharui pula ialah Perusahaan Bebola Emas Sdn Bhd (13 jenis produk) serta Bengawan Murni Beverages & Manufacturing (B) Sdn Bhd (dua jenis produk).

    Untuk senarai lengkap premis makanan di seluruh negara yang telah diberikan Sijil Halal atau Permit MUIB, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama di www.mora.gov.bn atau Instagram Bahagian Kawalan Makanan Halal @halal.bn. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian Whatsapp +6737103111 atau e-mel ke bkmh@mora.gov.bn.

    47 premis makanan lulus peroleh Sijil Halal. – Gambar hiasan Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda