47 sertai Kejohanan Golf Purih Tutong

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Sebanyak 47 pemain golf mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Purih Tutong di Kelab Golf Pantai Mentiri baru-baru ini.

Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan untuk meraikan penubuhan Kelab Golf Purih Tutong yang kini mempunyai 70 orang ahli.

Tiga kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut iaitu Kategori Super Senior, Senior dan Kategori Terbuka.

Kejohanan itu bertujuan memperkukuh hubungan rapat di antara ahli-ahli kelab dari beberapa buah kampung di Daerah Tutong menerusi perlawanan golf.

Para pemain terdiri daripada pemain veteran dan generasi muda yang akan membawa legasi Kelab Golf Purih Tutong.