Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    471 bakal graduan UNISSA khatam Al-Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Seramai 471 bakal graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Hafl al-Takharruj ke-13 yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada pagi tadi.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal yang turut berkesudian memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis, diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Naas oleh graduan UNISSA secara beramai-ramai.

    Dr Haji Norarfan semasa menyampaikan cenderamata kepada salah seorang graduan yang diraikan pada majlis khatam tersebut.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda