KOTA KINABALU, 18 Ogos – Kakitangan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (gambar) tidak ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Program Kembara Kerjaya Kebangsaan 2017 berkonsepkan ‘Train Ride Sabah’ hari ini.
Sebanyak 4,753 kekosongan jawatan dalam pelbagai sector dan kategori jawatan ditawarkan dalam program Kembara Kerjaya, yang diadakan selama empat hari sehingga Isnin ini.
Program itu melibatkan penjelajahan menaiki gerabak kereta api dan disertai secara konvoi kenderaan pacuan empat roda yang akan berada di empat lokasi berbeza bermula di Stesen Keretapi Tanjung Aru, Beaufort, Tenom dan akan berakhir di Sipitang. – Bernama