Wednesday, September 28, 2022
25.5 C
Brunei

48 anak yatim, 26 fakir miskin terima sumbangan

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Seramai 48 orang anak yatim dan 26 orang golongan fakir miskin telah menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin yang diadakan secara pandu lalu di perkarangan Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Pemantau Zon 3, Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Amin bin Haji Salim selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis yang diadakan sempena bulan Ramadan yang penuh berkat dan maghfirat itu dianjurkan oleh jawatankuasa takmir dan Muslimah Masjid Mohamed Bolkiah.

Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Serusop dan Kampung Delima Satu, Pengiran Roslan bin Pengiran Tuah; Pemangku Ketua Kampung Pancha Delima dan Kampung Orang Kaya Besar Imas, Haji Zulkifli bin Haji Awang Ya’akub dan ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta Muslimah masjid.

Dengan adanya sumbangan berkenaan diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memeriahkan lagi kehidupan mereka dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Sumbangan disampaikan oleh tetamu ke-hormat pada majlis yang diadakan secara pandu lalu.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -