Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    48 botol minuman keras ditemukan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Sebanyak 48 botol minuman keras pelbagai jenama telah ditemukan di kawasan hutan berdekatan loji najis Kampung Perpindahan Rataie oleh keanggotaan Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), pagi tadi.

    Menurut kenyataan PPDB, penemuan barang tegahan berkenaan adalah antara usaha strategi pemantauan jenayah yang berterusan oleh PPDB yang telah membuahkan hasil.

    Barang-barang tegahan dan kes penyiasatan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut.

    Kenyataan menegaskan, PPDB akan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengekang segala aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pelaku yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.

    Minuman keras pelbagai jenama yang ditemukan di kawasan hutan berdekatan loji najis Kampung Perpindahan Rataie , kelmarin. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda