YANGON, 2 NOV – Sekurang-kurangnya 48 orang kanak-kanak di-masukkan ke hospital di Yangon, Myanmar disyaki keracunan makanan, menurut pertubuhan penyelamat tempatan, hari ini.
“Kanak-kanak tersebut mempunyai gejala seperti demam, loya, diarea dan muntah-muntah,” kata Nyunt Soe, seorang anggota penyelamat dari pertubuhan Shew Yaung Twe Latt, kepada Xinhua. Mereka yang dimasukkan ke hospital termasuk 17 orang kanak-kanak dari sekolah rendah di bandar Thaketa, Yangon, katanya.
Sebilangan daripada kanak-kanak berkata mereka mengalami gejala selepas memakan mi goreng vermiseli, katanya, dan menambah mereka telah dibawa ke hospital dengan segera.
Ramai daripada mereka semakin sembuh pada waktu malam, tetapi enam masih dirawat di unit rawatan rapi di Yankin Children’s Hospital, kata Ba Ba Gyi, seorang lagi pegawai penyelamat. – Xinhua