Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    48 pelajar terima sijil

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Seramai 48 orang pelajar yang mana 42 terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan serta enam pelajar Kelas Dewasa telah menerima sijil tamat Program Cintai Al-Quran pada Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Program bagi tahun 2020, hari ini.

    Majlis penyampaian sijil yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri itu disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Program berkenaan antara lain bertujuan untuk membe-rikan pengetahuan dan bim-bingan serta menyuburkan minat dalam pembelajaran dan pembacaan iqra dan Al-Quran di semua peringkat.

    Program merupakan tahun kedua sejak ia mula diperkenalkan dan tahun ini sesi pembelajaran yang bermula pada 17 Januari dan berakhir pada 30 Oktober lalu telah diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Mentiri.

    Program anjuran Majlis Perundingan Kampung Rancangan Perumahan Negara Panchor Mentiri itu dikendalikan bersama Badan Biro Keagamaan dengan kerjasama Al-Huffaz Management.

    Turut hadir ialah Pemangku Penghulu Mukim Mentiri dan Ketua Kampung Sungai Buloh, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim dan Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Panchor, Mentiri, Awang Hilmy bin Haji Ahad.

    Timbalan Pengerusi MPK Kampung Panchor, Haji Awang Eddie Hardey bin Haji Ibrahim serta pegawai kerajaan dan ketua-ketua biro serta ahli MPK RPN Kampung Panchor Mentiri turut hadir di majlis itu.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil tamat Program Cintai Al-Quran kepada salah seorang peserta.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda