48 pemberontak Yaman terbunuh serangan udara

RIYADH, 19 OKT – Gabungan pimpinan Arab Saudi hari ini berkata mereka berjaya membunuh 48 pemberontak Huthi semasa serangan udara di dua daerah berhampiran bandar Marib, semasa pertempuran sengit minggu ini.

Pemberontak Huthi yang disokong oleh Iran jarang mengongsikan mengenai korban, dan jumlah tidak dapat dipastikan oleh AFP.

Ini merupakan hari kesembilan berturut-turut pasukan gabungan mengumumkan serangan di sekitar Mirab, melaporkan jumlah kematian pemberontak lebih 1,200 orang.

Sebelum ini pengeboman di Abdiya kira-kiar 100 kilometer dari Marib.

Serangan dilaporkan hari ini berlaku berhampiran Marib.

‘’Operasi menyasarkan enam kenderaan tentera dan membunuh 48 pengganas dalam tempoh 24 jam di daerah Al-Jawba dan Al-Kassara, menurut tentera gabungan dalam kenyataan yang dilaporkan oleh agensi berita Arab Saudi.

Al-Jawba terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar dan Al-Kassara kira-kira 30 kilometer ke barat daya.

Menurut pegawai tentera kerajaan hari ini, pertempuran antara kedua-dua pihak ‘berterusan di beberapa buah kawasan namun tiada kemaraan di daratan dalam beberapa jam terbaharu.”

Huthi mula mara untuk merampas Marib pada Februari dan membaharui serangan sejak September.

Perang saudara di Yaman bermula pada 2014 apabila Huthi merampas bandar Sanaa, 120 kilometer dari barat Maarib, menyebabkan tentera gabungan Arab Saudi campur tangan membantu pihak kerajaan pada tahun berikutnya.

Puluhan ribu penduduk terbunuh dan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengelarnya krisis kemanusiaan. – AFP