489 jalani pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 486 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 41,634 ujian.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, di sini, hari ini, menyatakan bahawa tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 141 orang.

Sementara itu, seramai 489 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dan seramai 3,816 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.