PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Seramai 49 kanak-kanak maut apabila bot mereka yang lebih muatan terbalik di barat laut Pakistan, kata polis selepas penyelam menghabiskan tiga hari mencari mayat di perairan beku.
Kanak-kanak lelaki berusia antara tujuh dan 14 tahun itu semuanya pelajar sebuah madrasah dan telah dibawa untuk lawatan ke Tasik Empangan Tanda pada Ahad.
Tasik Empangan Tanda terletak kira-kira lima kilometer (3 batu) dari madrasah, sebuah sekolah Islam yang menawarkan pendidikan agama percuma di Kohat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. – AFP