Thursday, October 17, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    49 murid kenali BIBD

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Seramai 49 murid Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei hari ini mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Turut menyertai rombongan lawatan ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    Hadir sama ialah Pengiran Abdul Wali Amiruddien bin Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah.

    Rombongan sekolah dialu-alukan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

    Lawatan dimulakan dengan taklimat interaktif, diikuti kunjungan ke cawangan BIBD di mana murid-murid berpeluang menyaksikan operasi harian secara langsung dan mengetahui tentang perkhidmatan yang ditawarkan institusi kewangan Islam itu.

    YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman bersama rakan-rakan berinteraksi dengan robot Duta NEXGEN BIBD, Awang Arif. – Gambar oleh James Kon
    Ketua Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah menunjukkan YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman ​​pameran dron, model 3D dan aktiviti realiti maya yang dibangunkan oleh pelajar BIBD ALAF semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh James Kon
    YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman ​​mencuba permainan realiti maya semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh James Kon
    Gambar oleh James Kon
    Gambar oleh James Kon
    Gambar oleh James Kon

    Mereka kemudiannya dibawa ke Ruang Rehat Perdana BIBD sebelum mendengar taklimat mengenai dron, pemodelan 3D dan aktiviti realiti maya yang dibangunkan oleh pelajar BIBD ALAF.

    Interaksi di ruangan tersebut membolehkan murid-murid berkenaan menyaksikan potensi pendekatan teknologi dalam pelbagai industri dengan harapan dapat memotivasikan dan merangsang mereka menerokai bidang tersebut.

    Semasa lawatan, rombongan juga diperkenalkan dengan Awang Arif, Duta NEXGEN BIBD. Di sini, mereka mempelajari tentang pembantu automatik lanjutan dan cara meningkatkan pengalaman pelanggan di BIBD.

    Sebagai sebahagian daripada komitmen BIBD terhadap pembelajaran berterusan, pelajar berkenaan juga mendengar taklimat mengenai Digital Fikra, ruang pembelajaran digital khusus untuk kakitangan BIBD.

    Platform inovatif ini membolehkan kakitangan BIBD mengembangkan pengetahuan mereka dan memperoleh kemahiran baharu melalui platform digital dan e-pembelajaran. Mereka juga diberi taklimat tentang keperluan pekerjaan masa hadapan di institusi kewangan Islam.

    Dengan lawatan berkenaan ia menandakan satu penerokaan dan pembelajaran yang tidak dapat dilupakan di BIBD, yang memberi tumpuan kepada Dedikasi BIBD untuk memupuk pembelajaran, inovasi dan perkhidmatan berpusatkan pelanggan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda