Saturday, September 28, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    49 pain darah berjaya dikumpulkan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Sebanyak 49 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) bertempat di Dewan Atria Simpur.

    Kempen yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 11:30 pagi untuk sesi pagi dan 1:30 petang sehingga 3:30 petang untuk sesi petang itu dibukakan kepada pegawai dan kakitangan JKR serta orang ramai.

    Kempen tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran pegawai dan kakitangan jabatan mengenai kepentingan menderma darah kepada penderma dan penerima darah dan kepentingan menambah jumlah simpanan darah negara bagi keperluan intensif.

    Selain itu, ia diadakan bagi menekankan kepentingan menderma darah bagi memupuk amalan gaya hidup yang sihat.

    Gambar Generic
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda