Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    49 pelarian Rohingya ditemui di Phuket

    BANGKOK, 21 JAN – Seramai 49 pelarian Rohingya yang menaiki bot dari Bangladesh menuju Malaysia ditemui hari ini di sebuah pantai di pulau terkenal Thailand, Phuket, menurut pihak polis kepada AFP.

    Kumpulan itu ditemui oleh penduduk tempatan berhampiran kuil Ta Chat Chai di Phuket dalam keadaan ‘lemah dan lesu’, menurut laporan media tempatan.

    “Penduduk menemui 49 pelarian Rohingya dan kami membawa mereka ke balai polis,” kata pegawai kanan polis Sopit Ruangsri kepada AFP.

    Kumpulan itu memberitahu polis bahawa mereka meninggalkan Bangladesh bersama 75 orang lain dengan tujuan untuk pergi ke Malaysia, tetapi ramai yang diserang dan meninggal dunia sepanjang perjalanan, kata Sopit tanpa memberikan butiran lanjut. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda