Oleh Daniel Lim BELAIT, 2 DIS – Seramai 49 penderma darah telah menyumbang untuk tujuan murni dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh Persatuan Foochow Kuala Belait, kelmarin. Kempen itu diadakan di bangunan utama persatuan yang terletak di sudut Jalan Bunga Simpur dan Jalan Bunga Raya, Kuala Belait, dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Suri