Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    49 saudara baharu terima sumbangan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 12 MAC – Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait baru-baru ini telah mengunjungi kediaman 49 saudara baharu yang kurang bernasib baik di seluruh Daerah Belait untuk menyampaikan sumbangan sebagai sebahagian daripada Program Al-Ihtimam Maan.

    Bermula di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, empat pasukan telah diwakilkan untuk menyampaikan sumbangan terdiri daripada keperluan makanan ke setiap kediaman penerima yang terletak di Kampung Sungai Teraban, Mukim Belait, Mukim Seria, dan Mukim Liang.

    Mengetuai salah satu pasukan itu ialah Ketua Pegawai Ugama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohammad Aliyani bin Ismail yang menyerahkan sendiri sumbangan kepada penerima yang tinggal di kawasan sekitar Kampung Sungai Teraban.

    Program pada 9 Mac lalu itu merupakan aktiviti tahunan anjuran Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait yang menjadi platform untuk mendekati dan memberi sokongan kepada golongan mualaf yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan.

    Awang Mohammad Aliyani bergambar ramai bersama penerima sumbangan Program Al-Ihtimam Maan di Kampung Sungai Teraban. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda