Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    49 terkorban bot karam di Mauritania

    NOUAKCHOTT, 29 OGOS – Sebuah bot yang membawa pendatang asing karam di luar pantai Mauritania awal minggu ini, membunuh kira-kira 49 orang, dengan kira-kira 100 lagi hilang, kata pegawai kepada AFP hari ini.

    “Salah satu daripada misi rondaan kami berjaya menyelamatkan 17 orang,” seorang pegawai kanan pengawal pantai berkata kepada AFP. “Setakat ini, 49 mayat telah ditemui dan dikebumikan, dan pencarian masih diteruskan.

    “Kemalangan itu berlaku Selasa lalu apabila pendatang itu ternampak lampu sebuah bandar di pesisir pantai Mauritania kira-kira 80 kilometer di utara Nouakchott dan ‘bot bergerak ke satu sisi,’ menyebabkannya karam,” tambah pegawai itu.

    Menurut kenyataan daripada pendatang asing itu, bot tersebut telah meninggalkan Gambia seminggu lebih awal dengan kira-kira 160 orang di dalamnya, termasuk warga Senegal dan Gambia, tambah pegawai itu.

    Pengawal tempatan mengesahkan 49 mayat telah pun ditemui dan dikebumikan dengan kehadiran pihak berkuasa kesihatan dan pentadbiran.

    Kejadian lemas kerap berlaku semasa perjalanan berbahaya antara Afrika dan Eropah, dengan arus laut yang bergelora dan bot yang usang.

    Kira-kira 10,457 pendatang terkorban, contohnya, ketika cuba sampai ke Sepanyol melalui laut pada 2024, menurut NGO Caminando Fronteras.

    Pegawai tidak menyatakan ke mana tempat tuju pendatang semasa kemalangan pada Selasa lalu. – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda