Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Kira-kira 490 orang pelajar baru Universiti Brunei Darussalam (UBD) bagi pengambilan Januari 2018 mula mendaftar pada Pre-Freshers Week yang berlangsung di Dewan Canselor, UBD.
Pre-Freshers Week yang diadakan selama dua hari itu bertujuan untuk memudahkan para pelajar bagi membuat segala urusan pendaftaran seperti membayar yuran pendaftaran, pembayaran insurans, penyerahan dokumen-dokumen peribadi dan boring-borang yang diperlukan.
Ketua Eksekutif Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UBD, Awang Muhammad Farhan bin Ruslan menyatakan bahawa acara berkenaan dijalankan seminggu lebih awal daripada Freshers Week yang diadakan pada 2 hingga 4 Januari 2018 bagi mengelakkan kesibukan masa para pelajar untuk menyelesaikan segala urusan pendaftaran mereka.
“Minggu Pre-Freshers Week akan mengadakan pelbagai acara seperti sesi taklimat, orientasi dan macam-macam lagi,” ujar beliau.
