Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    49,000 serpihan pesawat ditemui

    BEIJING, 31 MAC – Para pegawai China berkata hari ini bahawa pencarian bagi bangkai pesawat China Eastern, Boeing 737-800 yang ditimpa kemalangan, umumnya sudah berakhir dengan lebih 49,000 serpihan ditemui.

    Pesawat MU5735 menjunam dari 29,000 kaki ke tepi pergunungan di rantau Guangxi selatan China, membunuh semua 132 orang di dalamnya.

    Impak itu mencetuskan kawah sedalam 20 meter, mengakibatkan kebakaran besar di sekitar hutan dan membuatkan pesawat itu hancur berkecai.

    Dua kotak hitam yang ditemui telah dihantar ke Beijing untuk pemeriksaan dan analisis.

    Laporan siasatan akan di-selesaikan dalam masa 30 hari dari tarikh kemalangan 21 Mac. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda