Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    5.3 juta tiada tempat tinggal di Syria

    BEIRUT, 12 FEB – Sehingga 5.3 juta penduduk di Syria mungkin tiada tempat tinggal disebabkan gempa bumi yang melanda rantau itu awal minggu ini, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    “Seramai 5.3 juta penduduk di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi,” beritahu wakil Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian di Syria, Sivanka Dhanapala, pada taklimat media.

    Beliau berkata PBB menganggarkan 5.37 juta orang yang terjejas oleh gempa akan memerlukan bantuan di seluruh negara.

    “Ia merupakan angka yang besar dan dialami oleh populasi yang telah pun menderita akibat kehilangan tempat tinggal,” katanya.

    “Bagi Syria, ia adalah krisis dalam krisis. Kami telah pun berdepan kejutan ekonomi, COVID dan kini mengalami kesejukan musim sejuk.”

    Mangsa gempa telah datang ke kem yang didirikan untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal disebabkan peperangan 12 tahun di kawasan lain di Syria.

    Kebanyakan mereka yang tiada tempat tinggal berasa takut untuk kembali ke bangunan yang rosak.

    Hampir 30,000 orang telah terbunuh di seluruh Turkiye dan Syria disebabkan gempa, salah satu malapetaka paling teruk yang melanda rantau itu dalam satu abad. – AFP

    Seorang budak Syria berdiri di depan rumahnya yang musnah di bandar Jindayris, wilayah Aleppo, Syria. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...