Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    5.5 tan air radioaktif bocor dari loji nuklear Fukushima

    TOKYO, 7 FEB – Kira-kira 5.5 tan air yang mengandungi bahan radioaktif telah bocor daripada peralatan di loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi Jepun, lapor media tempatan, hari ini.

    Kira-kira pada 8:53 pagi waktu tempatan hari ini, pekerja menemui air bocor dari saluran keluar peranti yang digunakan untuk membersihkan air tercemar nuklear semasa pemeriksaan peralatan itu, lapor Fukushima Central Television, memetik operator loji Tokyo Electric Power Company (TEPCO).

    TEPCO menganggarkan jumlah air yang bocor adalah kira-kira 5.5 tan, yang mungkin mengandungi 22 bilion becquerel bahan radioaktif seperti sesium dan strontium, kata laporan itu.

    Kebanyakan air yang bocor kelihatan meresap ke dalam tanah, tetapi pemantauan saluran saliran berhampiran tidak menunjukkan sebarang perubahan tahap sinaran yang ketara, tambahnya.

    TEPCO telah menjadikan kawasan di mana air bocor sebagai kawasan larangan. – Xinhua

    Gambar fail ini menunjukkan lengan robot yang direka untuk membuang serpihan bahan api dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh di Naraha, timur laut Jepun pada Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda