Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
TEMBURONG, 3 MEI – Persatuan Pengakap Daerah Temburong terus proaktif dalam aktiviti yang membangkitkan semangat kesukarelawanan dan baru-baru ini, persatuan itu menganjurkan program Kongsi Nikmat Ramadan yang menyalurkan sumbangan kepada lima orang ahli Pengakap Kelana Pasukan 4001 Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar, Daerah Temburong.
Sumbangan berupa keperluan asas itu telah disampaikan oleh Pengerusi Ahli Majlis Daerah Pengakap Daerah Temburong, Haji Ayub bin Haji Jumaat.
Majlis seumpamanya diadakan adalah sebagai salah satu aktiviti tahunan persatuan untuk meringankan beban ahli mereka yang kurang berkemampuan khususnya dalam menjalankan ibadah puasa sekali gus menjalin ikatan ukhuwah dalam kalangan mereka.