Monday, December 16, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 sertai bengkel banteras pemerdagangan orang peringkat ASEAN

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Delegasi dari negara telah menghadiri ASEAN Workshop on International Legal Cooperation (ILC) in Trafficking in Persons (TIP) dan ASEAN Workshop on the Proposed Establishment of an ASEAN Network of Prosecutors to Counter Trafficking in Persons yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

    Delegasi berkenaan terdiri dari lima pegawai dari Jabatan Perdana Menteri; Bahagian Keadilan Jenayah di Pejabat Peguam Negara, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia di Pasukan Polis Diraja Brunei (PPBD) dan Jabatan Buruh bagi mewakili Jawatankuasa Kerja Kebangsaan bagi Anti Pemerdagangan Orang.

    Bengkel selama dua hari yang bermula pada 11 hingga 13 Disember anjuran ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) dengan kerjasama ASEAN—Australia Counter Trafficking Program (ASEAN-ACT) dan United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) adalah untuk membincangkan draf terkini ASEAN Compendium on International Legal Cooperation on Trafficking in Persons Cases bagi mengemaskinikan panduan tersebut yang akan digunakan oleh ASEAN sebagai garis panduan.

    Manakala objektif bengkel ASEAN Workshop on the Proposed Establishment of an ASEAN Network of Prosecutors to Counter Trafficking in Persons adalah untuk menerokai platform yang bersesuaian kepada SOMTC, pendakwa raya dan badan sektoral ASEAN yang berkaitan untuk meneroka kemungkinan dalam mewujudkan rangkaian atau platform serantau bagi pendakwa raya untuk memerangi pemerdagangan orang (TIP) di ASEAN.

    Bengkel ini telah memberikan peluang di antara agensi penguatkuasaan dan pendakwa raya dalam menangani kes pemerdagangan orang di negara ASEAN untuk meneroka kerjasama, bertukar-tukar pandangan dan maklumat serta mempelajari amalan baik di rantau ASEAN dan antarabangsa.

    Dalam hal ini, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang sentiasa komited terhadap usaha berterusan untuk mencegah dan menentang ancaman pemerdagangan manusia dan akan terus mengamalkan pendekatan secara victim centric ke atas golongan yang berisiko terhadap jenayah pemerdagangan orang dalam negara ini.

    5 ahli delegasi yang menyertai bengkel berkenaan.
    Sesi gambar ramai antara peserta bengkel berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda