Parut jerawat dan kesan luka pada kulit tubuh secara tidak langsung akan meninggalkan kesan. Tentunya ramai yang ingin mencari jalan dan cara terbaik untuk hilangkan parut.
Namun, ia bukannya mudah bergantung kepada betapa besar atau tahap luka itu, sekurang-kurangnya awda boleh berusaha bagi mengurangkan kesan parut terutama pada bahagian yang jelas kelihatan umum seperti wajah dan tangan.
Tidak hairanlah bagi sesetengah individu yang terpaksa melayari hari dengan parut yang jelas akan mengurangkan tahap keyakinan secara tidak langsung membuat seseorang itu lebih introvert kerana terlalu malu dengan masalah parut tersebut.
Parut juga terjadi apabila permukaan kulit luka atau disebabkan oleh kesan terbakar, kesan pembedahan atau alahan buat kulit yang sensitif. Kebanyakan parut tidak mempunyai kesan rengsaan melainkan ia masih belum pulih sepenuhnya dan juga kesan jerawat pada wajah yang mungkin lebih sensitif dan masih aktif. Berikut dikongsikan lima bahan mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi kesan parut.
1. GEL LIDAH BUAYA
Tumbuhan yang kaya dengan bahan aktif untuk anti-radang ini juga dapat meredakan kegatalan dan membantu mengalih kulit mati pada parut. Selain itu, lidah buaya juga mengurangkan bengkak, membantu memulihkan sel kulit rosak dan menjana pembentukan sel kulit baharu.
2. MINYAK TEA TREE
Minyak yang mempunyai bahan anti-bakteria ini juga diamalkan dengan kerap dapat menghilangkan kesan parut termasuk parut jerawat dan juga parut pembedahan. Jika ia terlalu pekat, awda boleh campurkan dengan air sebelum menyapunya pada kulit dan ia sama sekali tidak boleh dimakan.
3. MADU
Madu asli juga dapat membantu mengurangkan kesan parut. Ia adalah pelembap semula jadi dan berkesan untuk merawat bekas luka yang akan meningkatkan pertumbuhan semula tisu.
4. MINYAK ZAITUN
Jika ia adalah virgin olive oil, ia kaya dengan anti-oksidan dan mempunyai tahan asid yang lebih tinggi bagi membantu mencerahkan parut. Minyak zaitun biasa pula kaya dengan vitamin E dan K yang bagus untuk kulit di samping membantu untuk menghilangkan parut dengan lebih cepat.
5. LEMON
Memang banyak kebaikan lemon, antaranya adalah untuk membuang sel kulit mati dengan berkesan kerana ia sekata dengan asid alpha hydroxy.
Di samping itu, ia juga dapat membantu sel untuk tumbuh semula dan memberikan keanjalan pada kulit. Ia juga merupakan peluntur semula jadi yang dapat mencerahkan parut. – Agensi