Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 cedera, bot terbakar di Filipina

    MANILA, 7 JULAI – Pengawal Pantai Filipina (PCG) hari ini berkata bahawa lima orang melecur selepas motobot mereka terbakar di perairan Bandar Zamboanga di selatan Filipina.

    Pengawal pantai itu berkata, kemalangan berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan kelmarin.

    Bot yang membawa lapan orang, 100 liter petrol, dan pelbagai barangan keperluan itu terbakar ketika dalam pelayaran ke Basilan, sebuah wilayah pulau di selatan bandar tersebut.

    Siasatan awal menunjukkan litar elektrik pintas menyebabkan kebakaran berkenaan.

    Anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk memadamkan kebakaran, menurut pengawal pantai, sambil menambah bahawa tiga penumpang yang lain selamat. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda