Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 ditahan susulan kes kebakaran di pusat tahanan Mexico

    MEXICO CITY, 31 MAC – Lima orang ditahan susulan kejadian kebakaran di pusat tahanan Imigresen Mexico, berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan 39 migran maut, manakala 27 lagi cedera.

    Perkembangan itu dibuat sehari selepas Pejabat Peguam Negara mengumumkan siasatan pembunuhan ke atas kejadian itu, mendakwa pihak bertanggungjawab ke atas kemudahan terbabit tidak bertindak memindahkan migran.

    Bercakap pada sidang media semalam, pendakwa yang pakar dalam hak asasi manusia, Sara Irene Herrerias, berkata lima waran tangkap sudah dikuatkuasakan dengan semua mereka kini dalam jagaan pihak mahkamah.

    Selain itu, katanya, keseluruhan enam waran dikeluarkan, masing-masing tiga pegawai imigresen, dua pengawal keselamatan persendirian dan seorang migran yang disyaki memulakan kebakaran, tanpa mendedahkan identiti tahanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda