Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 dituduh curi kabel mengaku tidak bersalah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Lima lelaki yang berdepan pertuduhan mencuri kabel elektrik dan menyebabkan kerosakan membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

    Mohammad Shahrul bin Abdullah Teo @ Teo Meng Chai, 32; Hazwan bin Abdullah, 35; Mohammad Rafiee bin Zulkipli, 31; Ronnie Azrin bin Sain, 28; dan Sahrool anak Galau, 23, didakwa mencuri kabel elektrik dari sub-stesen di Sungai Penyatang, Tutong dalam kejadian bulan lalu.

    Mereka juga telah menyebabkan kerosakan apabila memotong kabel itu.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan.

    Kes akan didengar lagi pada 4 Mac 2020 untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda