Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB- Seramai empat warganegara asing dan warganegara tempatan baru-baru ini telah dikenakan kompaun sebanyak $100 setiap seorang oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) yang didapati melalui rakaman CCTV di Pantai Jerudong.
Manakala seorang lagi warganegara tempatan dikenakan kompaun sebanyak $1000 atas akta yang sama di kawasan RPN Kampung Mentiri semasa Operasi Sepadu yang diketuai oleh Jabatan Kemajuan Perumahan dan disertai oleh agensi-agensi yang lain.
Individu-individu tersebut diarahkan untuk membayar denda kompaun dalam masa tujuh hari. Jika gagal melunaskan denda, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000.00 bagi individu atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Pihak Jabatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan whatsapp 8321581.
Antara kesalahan-kesalahan yang dikompaun. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JDBM