Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 jenis vaksin dikenal pasti

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Beberapa calon vaksin COVID-19 telah dikenal pasti untuk diberikan secara percuma kepada rakyat dan penduduk yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam ini.

    Ini termasuk Pfizer BioNtech jenis mRNA yang memerlukan dua dos dengan jarak waktu 21 hari, vaksin Moderna jenis mRNA dengan dua dos diperlukan bagi jarak waktu 28 hari, vaksin AstraZeneca jenis Viral Vector di mana dua dos diperlukan dengan jarak waktu 12 minggu, vaksin Sinopharm yang merupakan jenis Inactivated Virus di mana dua dos diperlukan dengan jarak waktu 21 hingga 28 hari dan vaksin Johnson & Johnson yang merupakan jenis Viral Vector di mana hanya satu dos diperlukan.

    Kemas kini calon vaksin itu diketengahkan dalam Strategi Vaksinasi Negara Brunei Darussalam dengan slogan ‘Bersama Melindungi Negara Kitani’ yang diterbitkan dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan di mana ia akan dilaksanakan apabila vaksin COVID-19 tiba di negara ini.

    Mengenai proses penilaian dan pemilihan vaksin, di Negara Brunei Darussalam, proses itu dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Vaksin COVID-19 di mana ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada doktor-doktor, saintis dan ahli farmasi dalam pelbagai kepakaran.

    Penilaian telah pun bermula sejak pertengahan 2020 dengan jawatankuasa menjalankan penilaian yang perlu dipatuhi termasuk keselamatan untuk kegunaan masyarakat, keberkesanan dan memastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

    Penyiasatan jawatankuasa menggunakan data dan maklumat yang diperoleh daripada jurnal saintifik, laporan media dan perbincangan secara dua hala bersama syarikat vaksin.

    Menurut dokumen strategi berkenaan, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah merangka Strategi Vaksinasi bagi rakyat dan penduduk yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam di mana ia dirangka oleh Kementerian Kesihatan dengan melibatkan agensi-agensi yang relevan dengan kepakaran berdasarkan kesihatan untuk sama-sama menjayakan Program Vaksinasi COVID-19.

    Strategi itu turut memberikan penerangan mengenai vaksin di mana ia menyatakan bahawa vaksin adalah cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit.

    Antigen dalam vaksin merangsang sistem imuniti tubuh badan untuk membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit COVID-19 di mana ia melatih antibodi untuk mengenal pasti virus COVID-19 supaya sistem imun bersedia apabila tiba virus sebenar menyerang badan.

    Vaksin boleh mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus COVID-19. Mekanisme tindakan vaksin adalah apabila patogen baharu atau jangkitan baharu masuk ke tubuh badan kita, ia akan mengenalkan antigen yang baharu.

    Bagi setiap antigen baharu, tubuh badan kita perlu membina antibodi yang khusus untuk melawan patogen atau jangkitan itu.

    Kepentingan dan penggunaan vaksin di Negara Brunei Darussalam adalah melindungi individu dan program vaksinasi melindungi seluruh masyarakat termasuk mereka yang tidak dapat mengambil vaksin berkenaan.

    Ia juga memberikan perlindungan melalui imuniti kawanan di mana mereka yang mengambil vaksin akan melindungi mereka yang tidak mengambil vaksin.

    Strategi itu juga memberikan penerangan mengenai penghasilan vaksin iaitu peringkat kajian pra-klinikal di mana di peringkat makmal merangkumi ujian sel kultur, sel haiwan dan spesies haiwan yang bersesuaian serta tidak melibatkan manusia.

    Di peringkat kajian klinikal ia melibatkan manusia dan terbahagi kepada tiga fasa di mana fasa pertama melibatkan puluhan sukarelawan, kesan tindak dan keselamatan vaksin peringkat awal, fasa kedua melibatkan puluhan sukarelawan, kesan tindak balas dan keselamatan vaksin peringkat awal serta fasa 3 melibatkan ribuan sukarelawan, ujian keselamatan dan keberkesanan dalam skala lebih besar terhadap populasi yang bersesuaian untuk mengetahui kesan samping yang jarang berlaku serta tahap keberkesanan vaksin.

    Menurut dokumen itu, sistem pemantauan vaksin menunjukkan terdapat kesan sampingan ringan berbanding dengan prosedur perubatan lain seperti alergi terhadap antibiotik.

    Sebilangan besar kesan sampingan adalah ringan dan sementara termasuk sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot/sendi, demam ringan dan keletihan.

    Bagi program vaksinasi di negara ini, empat buah pusat vaksinasi telah dikenal pasti iaitu Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bagi Daerah Brunei Muara, Hospital Suri Seri Begawan bagi Daerah Belait, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Daerah Tutong dan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam di Daerah Temburong.

    Sementara itu, strategi pembahagian vaksin COVID-19 terbahagi kepada tiga fasa dengan fasa pertama bagi petugas barisan hadapan, warga emas 60 tahun ke atas dan para pelajar yang akan menuntut di luar negara, fasa kedua ialah kakitangan pusat penjagaan kanak-kanak, orang dewasa yang berisiko tinggi dan guru-guru serta fasa ketiga ialah orang ramai 18 tahun ke atas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/