Oleh Daniel Lim – BELAIT, 19 MAC – Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, Syarikat Brunei Gas Carriers (BGC) sekali lagi telah mengadakan pertemuan dengan penduduk dari Labi di Daerah Belait sebagai sebahagian daripada siri ke-10 Projek Amali. Lawatan itu diadakan hari ini dan diketuai oleh Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul Mateen bin Abdurrahman Liew.

