Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 kes samun Sabah selesai

    KOTA KINABALU, 9 JULAI – Polis berjaya menyelesaikan lima kes samun dilaporkan berlaku di daerah ini dengan tertangkapnya tujuh suspek terdiri tiga lelaki dan empat wanita pada 3 Julai lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kesemua mereka yang berusia 17 hingga 31 tahun ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Gayang, Tuaran pada jam 1 pagi.

    Katanya dalam serbuan itu beberapa barangan yang disamun dan parang digunakan suspek untuk melakukan perbuatan samun turut dirampas.

    “Setakat ini, lima kes samun dikenal pasti dilakukan oleh suspek ini yang berlaku di ibu negeri dan kawasan berhampiran di Inanam dan Menggatal. “Modus operandi kumpulan penjenayah ini adalah menggunakan parang untuk menakutkan dan menyamun mangsa. Sasaran mereka adalah hotel bajet, pusat urut dan refleksologi dan kediaman,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda