Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 ketua keluarga terima bantuan kewangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Dalam usaha meringankan bebanan harian dan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana, lima orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran dan rumah tidak selamat didiami hari ini menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).
     
    Majlis penyampaian bantuan kewangan tersebut diadakan di Bangunan KKBS dan disempurnakan oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh. 
     
    Daripada lima ketua keluarga berkenaan, tiga daripadanya terlibat dalam kejadian rumah tidak selamat didiami, seorang ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir dan seorang ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran rumah. 
     
    Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 
     
    Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.
     
    Dayang Fauziah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ketua keluarga semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda