Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Lima orang klien Bank Standard Chartered (StanChart) memenangi hadiah berupa pulangan tunai (cashback) berjumlah keseluruhan $10,000, baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada Promosi Employee Banking Salary Transfer bank berkenaan yang diadakan dari awal Julai 2021 hingga penghujung Mac 2022.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart, di sini, hari ini, penyampaian hadiah telah diadakan di Pusat Perbankan Priority StanChart di ibu negara, kelmarin.
Hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Segmen bagi Perbankan Perniagaan Swasta Pengguna (CPBB), Antonia Kumanireng dan Ketua Perolehan Klien, Cecilia Phan.
Para pemenang terdiri daripada Dayangku Ida Suryane binti Pengiran Mohamed, Shafrina Leong Poi Kuan, Dayang Noor Hasifah binti Abdul Rahman, Awang Muhammad Hazwan bin Muhammad Alimin Shah dan Awang Mohamad Sufri bin Haji Sarudin.
