Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    5 klien StanChart menang pulangan tunai $2,000

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Lima orang klien Bank Standard Chartered (StanChart) memenangi hadiah berupa pulangan tunai (cashback) berjumlah keseluruhan $10,000, baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada Promosi Employee Banking Salary Transfer bank berkenaan yang diadakan dari awal Julai 2021 hingga penghujung Mac 2022.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart, di sini, hari ini, penyampaian hadiah telah diadakan di Pusat Perbankan Priority StanChart di ibu negara, kelmarin.

    Hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Segmen bagi Perbankan Perniagaan Swasta Pengguna (CPBB), Antonia Kumanireng dan Ketua Perolehan Klien, Cecilia Phan.

    Para pemenang terdiri daripada Dayangku Ida Suryane binti Pengiran Mohamed, Shafrina Leong Poi Kuan, Dayang Noor Hasifah binti Abdul Rahman, Awang Muhammad Hazwan bin Muhammad Alimin Shah dan Awang Mohamad Sufri bin Haji Sarudin.

    Antonia Kumanireng dan Cecilia Phan bergambar ramai dengan lima pemenang bagi Promosi Employee Banking Salary Transfer, baru-baru ini. – Gambar serahan StanChart
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...