Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 lelaki cuba seleweng diesel bersubsidi ditahan

    MIRI, 4 OKT – Lima lelaki warga tempatan berumur antara 19 hingga 50 tahun ditahan kerana dipercayai cuba menyeleweng 1,693 liter diesel bersubsidi bernilai RM3,639.95 di Morsjaya di sini semalam.

    Ketua Cawangan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri Joe Azmi Jamil dalam satu kenyataan hari ini berkata kelima-lima lelaki itu ditahan dalam satu serbuan Op Bersepadu KPDNHEP bersama Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri kira-kira pukul 10.30 pagi.

    Empat kenderaan pacuan empat roda dianggarkan bernilai RM207,000 yang telah diubah suai dengan tangki tambahan yang diletakkan pada ruang belakang setiap kenderaan terbabit untuk kegiatan penyelewengan itu turut dirampas.

    “Kelima-lima yang ditahan gagal untuk mengemukakan permit khas daripada KPDNHEP untuk menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu diesel bersubsidi tanpa kebenaran dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Menurutnya, stesen minyak terbabit kegiatan itu juga digantung operasinya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda