Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 Maut, 13 cedera dalam letupan gas

    TAIPEI, 13 FEB – Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi hari ini mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

    Kejadian itu berlaku di bahagian medan selera yang masih dalam pembinaan.

    Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak bomba tempatan.

    Siasatan bagi mengenal pasti punca letupan masih diteruskan. – Bernama

    Gambar menunjukkan kejadian selepas letupan di sebuah gedung membeli-belah di Taichung pada 13 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda