Tuesday, July 2, 2024
26.7 C
Brunei

    -

    5 maut, 20 cedera dalam letupan gudang mercun

    MANILA, 30 JUN – Satu letupan kuat meranapkan sebuah gudang mercun di Bandar Zamboanga di selatan Filipina pada petang kelmarin, meragut lima nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang, lapor Xinhua.

    Pihak berkuasa tempatan berkata letupan itu yang berlaku selepas pukul 4 petang waktu tempatan, memberikan impak dalam radius 1.14 kilometer dan merosakkan kawasan penempatan dan komersial berhampiran gudang itu. 

    Datuk Bandar John Dalipe yang bergegas ke lokasi letupan mengesahkan kepada wartawan lima orang maut dan pasukan penyelamat mengejarkan 20 orang lagi ke hospital. 

    Pejabat Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana bandar itu menyenaraikan lapan pesakit dalam keadaan kritikal.

    Kolonel Polis Kimberly Molitas, Pengarah Kota Pejabat Polis Bandar Zamboanga berkata seorang kanak-kanak merupakan antara yang terbunuh.

    Beliau memberitahu wartawan anggota bomba dan polis sedang menyiasat punca letupan itu. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...