Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut akibat hujan lebat di India

    MUMBAI, 30 Ogos – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh ketika hujan lebat melanda ibu kota India, Mumbai, menyebabkan gangguan terhadap sistem pengangkutan dan memaksa sekolah dan pejabat ditutup hari ini.

    Kejadian banjir yang melanda bandar pesisir yang mempunyai lebih daripada 20 juta penduduk itu merupakan kejadian terbaru yang telah menjejaskan penduduk Asia Selatan musim tengkujuh ini, di mana berjuta-juta orang di seluruh India, Nepal dan Bangladesh terjejas dan membunuh lebih daripada 1,200 orang.

    Pihak berkuasa di Mumbai berkata sekurang-kurangnya lima orang telah meninggal dunia sejak hujan lebat bermula kelmarin, mengakibatkan jalan raya tidak dapat dilalui dan landasan kereta api yang menjadi pengangkutan utama oleh jutaan penduduk terpaksa ditutup.

    “Lima orang telah meninggal dunia akibat banjir di Mumbai. Empat daripada mereka termasuk dua kanak-kanak maut akibat dihempap dinding dan yang lainnya adalah akibat kejutan elektrik,” kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Tanaji Kamble.

    Para pemandu kereta dan motosikal ketika melalui jalan yang ditenggelami air akibat hujan lebat di Mumbai pada 30 Ogos 2017. Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh ketika hujan lebat melanda ibu kota India, Mumbai, menyebabkan gangguan terhadap sistem pengangkutan dan memaksa sekolah dan pejabat ditutup kelmarin. – AFP

    Kamble berkata hujan lebat melanda hari ini. “Kami sedang memantau keadaan keselamatan di seluruh bandar dan keadaan kembali normal.”

    Beberapa buah kereta telah ditenggelami dan penumpang perlu berenang melalui kawasan tersebut pada petang Selasa.

    “Saya tidak dapat mencari sebarang pengangkutan dan menghabiskan malam saya di tepi jalan dalam cubaan untuk pulang ke rumah,” kata Gangadin Gupta, 62.

    Beliau berkata kebanyakan penduduk ditinggalkan dalam keadaan terkandas selama hampir sepanjang malam sehingga landasan dibuka semula hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda