Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut dalam kebakaran

    ISLAMABAD, 7 DIS – Sekurang-kurangnya lima orang maut dalam kebakaran besar membabitkan sebuah bangunan bertingkat di Karachi di selatan Pakistan semalam.

    Polis dan penyelamat tempatan hari ini berkata kebakaran itu memusnahkan ratusan kedai serta unit kediaman, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Jurucakap polis Yasir Ameer berkata kebakaran bermula daripada sebuah kedai di tingkat bawah bangunan sebelum merebak. Ameer berkata punca kebakaran itu masih belum diketahui dan merupakan kebakaran kedua seumpamanya dalam tempoh dua minggu.

    Sementara itu pegawai penyelamat Irshad Bugti berkata sekurang-kurangnya 67 buah keluarga termasuk ratusan wanita dan kanak-kanak dipindahkan dari bangunan berkenaan dalam operasi yang berlarutan selama beberapa jam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda