Wednesday, February 5, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut dalam kemalangan kereta api, SUV

    MIAMI, 24 SEPT – Lima orang terbunuh semalam selepas sebuah kereta api pengangkut barang bertembung dengan sebuah SUV di persimpangan kereta api di negeri Florida, Amerika Syarikat, kata pihak polis.

    Pemandu SUV mendekati persimpangan Plant City yang hanya dikawal dengan tanda jalan, lalu meneruskan perjalanan tanpa memeriksa kedua-dua hala, menurut Sheriff Chad Chronister memberitahu sidang akhbar, memetik rakaman video dan keterangan saksi.

    “Konduktor kereta api cuba sedaya upaya untuk memperlahankan kereta api tersebut,” katanya, sambil menggunakan hon dan lampu sebagai amaran kepada pemandu SUV.

    Kereta itu terpelanting dan terbalik beberapa kali sebelum mendarat jauh daripada persimpangan, kata Chronister.

    Lima daripada tujuh penumpang, sebahagian daripadanya adalah kanak-kanak, terhumban keluar dari kenderaan dan meninggal dunia.

    Pasukan penyelamat menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan pemandu dan penumpang hadapan, yang kini dalam keadaan kritikal di hospital, tambah Chronister.

    Kereta tersebut sedang bergerak pada kira-kira 88kmsj semasa impak, menurut perkongsian awal Sheriff Chronister di media sosial.

    Beliau turut berkata bahawa pihak polis masih berusaha untuk mengenalpasti mangsa, namun beliau percaya mereka adalah sekeluarga dalam perjalanan ke pesta quinceanera berhampiran – sambutan ulang tahun ke-15 seorang remaja perempuan di Amerika Latin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda