Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    5 maut dalam letupan metana di lombong Kazakhstan

    ALMATY, 3 NOV – Insiden letupan metana di sebuah lombong arang batu di tengah Kazakhstan telah membunuh lima orang dan mencederakan empat lagi, kata pegawai, hari ini.

    “Pelepasan gas secara tiba-tiba ketika penggerudian telaga saliran menyebabkan kematian lima pekerja” di lombong Lenin milik ArcelorMittal, kata Ruslan Imankulov, jurucakap kementerian kecemasan, memberitahu AFP.

    Imankulov berkata, empat orang dimasukkan ke hospital dan 106 orang dipindahkan. Lombong berkenaan terletak di wilayah Karaganda yang kaya dengan sumber, yang gabenornya berkata, kemalangan itu berpunca daripada ‘letupan metana’, gas yang apabila digabungkan dengan sejumlah oksigen, boleh terbakar.

    Suruhanjaya kerajaan sudah membuka kertas siasatan terhadap kemungkinan pelanggaran peraturan keselamatan.

    Dalam satu kenyataan, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev turut mengucapkan ‘takziah kepada keluarga dan rakan pekerja yang meninggal dunia’, serta mendoakan mereka yang cedera supaya cepat sembuh. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...